Melirik lakaran mata hati

Rabu, 22 Februari 2012

Dia Ibuku...


PANTOMIM: DIA IBUKU

WATAK:
IBU
AMIR
BADAR
DEMAN
MAK NYAH
ORANG TUA
ADIK LELAKI BERUSIA 5 TAHUN

BABAK 1

(SYAIR MENGISAHKAN KEPAYAHAN IBU MEMBESARKAN ANAKNYA. IBU BERSAMA ANAK KECIL MELAKONKAN GAMBARAN SYAIR)

BABAK 2

LATAR TEMPAT:     ( KAWASAN RUMAH LAMA DI SEBUAH KAMPUNG. TIGA ORANG ANAK BERANAK TINGGAL BERSAMA)

IBU                  : Amir! Amir! Dah pukul berapa ni? Nanti lambat pula kamu ke sekolah. Cepat sikit nak. (MAK MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH. ADIK IKUT MASUK SAMBIL BERMAIN)

AMIR              : Ya Mak! Amir dah nak siap dah ni. Aduh, terlambat pula Amir bangun hari ni. Kenapa mak tak kejutkan Amir?

IBU                  : Mak dah kejutkan, tapi Amir tak bangun-bngun. Naper Mir? Semalam Amir tidur lambat ke?

AMIR              : Ehem. Lagi enam bulan nak periksa UPSR tapi rasa macam besok jer. Berdebar pula rasa.

IBU                  : Lambat lagi tu Amir. Bersabar la yer. Yang penting, Amir belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupa sembahyang…

AMIR              : (MENGUSIK ADIK YANG SEDANG BERMAIN) Insyaallah mak. Amir kan dah berjanji nak bahagiakan mak. Amir akan berusaha ubah keluarga kita. Berusaha untuk kesenangan mak. Nanti bila Amir dah besar, Amir akan belikan apa sahaja untuk mak dan juga adik. Malah, Amir akan payungkan emak dengan Mahligai Emas, akan Amir lilitkan tubuh mak dengan…. (TIDAK SEMPAT MENGHABISKAN KATA-KATA)

IBU                  : Sudah lah tu Mir. Mak gembira dengar semua tu. Tapi, bukan itu yang mak harapkan dari anak mak seorang ni. Mak harapkan satu hari nanti Amir akan meniadi orang yang berjaya kelak. Dah lah tu nak… nanti lambat pula ke sekolah.

AMIR              : Baik mak. Amir pergi yer…. Amir sayang mak..

(IBU HANYA TERSENYUM. AMIR KELUAR PENTAS )

IBU                  : Jom bantu mak di dapur yer……

(ADIK HANYA MENGANGGUK. KEMUDIAN, IBU MEMIMPIN ADIK  BERLALU KELUAR)
BABAK 3

LATAR TEMPAT      : BELAKANG SEKOLAH

(MASUK DUA ORANG MURID LELAKI MEMBAWA PLASTIK SAMPAH HITAM SAMBIL KETAWA)

BADAR           : Hahahahaha Hahahahahah…

DEMAN          : Hohohohohohoho

BADAR           : Eh, kenapa dengan ko deman? Lain pula aku dengar bunyi ko ketawa

DEMAN          : Hah! Inilah yang dipanggil ketawa dengan penuh kepuasan. HO HO HO….

BADAR           : (CUBA MENGIKUT TERAGAK_AGAK) HO HO …. HOLICKS!
.
DEMAN          : (TERKEJUT) Apa lak HOHOHO HOLICKS. Macam ni….. (MEMUNCUNG MULUT KE MUKA BADAR)          HO…..

BADAR            : Ho Liao punya BADAR. Bau apa ni….? Dah macam tempat pembuangan sampah dah. Sah ko minum malam tadi ni?

DEMAN          : (SAMBIL MENGGARUKAN KEPALA) Er…. Aku minum sikit jer

BADAR           ; Ko ni…. Yang pergi minum air setan tu buat apa? Jangan jadi syaitan kalau kita ni bukan syaitan.

DEMAN          ; Ek elleh, apa celup. Yang semalam kita merembat kat kedai tu,  plus plus lak hari ni kita monteng sekolah, tak jadi setan pulak.

BADAR           : Eh, ye tak yer juga yerk? Tapi, minum arak tu dosa besar. Yang kita buat ni baru kecil-kecilan…

DEMAN          : Ko ni, sama la tu… eh, apa yang ko dapat semalam?

BADAR           : E….. macam-macam ader. Jom, jom, kita pegi ke port lama. Kita ker syurga… hahahaha

(DEMAN DAN BADAR DUDUK DI RUANG KANAN PENTAS SAMBIL MEMBUKA PLASTIK HITAM. AMIR MASUK PENTAS. BADAR DAN DEMAN TERNAMPAK AMIR LALU MEMANGGILNYA)

BADAR           : Amir! Amir! Alamak, ada jodoh lak kita yer. Meh la sini.

DEMAN          : Ntah nyer Mir. Meh la bermesyuarah kita di sini. Ala, bak kata omputih, chat… chat… chating.

AMIR              : Wei, korang ponteng sekolah ker?

BADAR           : Ek Eleh, bila lak kita ponteng sekolah. Ponteng sekolah tu kalau ko  tak datang sekolah. Kitaorang bukan nak ponteng tapi lambat sikit jer gi sekolah… mana ada ponteng. Kan deman kan……?

DEMAN          ; Yelah, Amir. Aku hari ni mc, pening pening sebab tu tak pergi sekolah. Ko kecoh-kecoh nak gi sekolah tu buat apa. Meh la join kitaorang ni. Syok wo…… lagipun, UPSR enam bulan lagi. Relaks la….

(AMIR TERAGAK-AGAK)

BADAR           : meh la… kang orang kata ko ni tak mesra alam pulak, sombong….

 (AMIR MENGANGGUK DAN MENUJU KE ARAH KAWAN-KAWANNYA)

BADAR           : Hah, macam tu la bro.

DEMAN          : Ada, ada. Kat belakang rumah aku banyak menatang tu.

BADAR           : Ada apa?

DEMAN          : Beruk ?

BADAR           : Bukan beruk la beruk… ala, buang masa la cakap ngan ko. Ni Mir, memandangkan ko baru jer  register jadi ahli kelab ‘APS’…

AMIR              : APS?

DEMAN          : Angkatan Ponteng Sekolah!

(BADAR DAN DEMAN KETAWA)

BADAR           : ni, ni….Ada benda special aku nak bagi kat ko. Canggih beb!  (SAMBIL MENCARI SESUATU DALAM PLASTIK HITAM DAN MENGELUARKAN SEBATANG ROKOK YANG BESAR)

AMIR              : Humangaih…. (TERKEJUT TERUS TERDUDUK)

DEMAN          : Inilah bapa kepada segala rokok

AMIR              : Tak pernah aku jumpa rokok sebesar ni.

BADAR           : Ko cuba la dulu. Nikmat se…. Awet muda….

AMIR              : Ye ke?

BADAR           : Ya Mir…… lau ko hisap ni, confirm ko tak akan tua.

AMIR              : Muda sentiasa la yer….

DEMAN          : Iyer… sebab muda-muda dah mati memang tak sempat tua. Ni lagi cepat mati ni, sekali sedut, hanyut………….

BADAR           : Ko ni apa lah, menakut-nakutkan si Amir. Cuba, cuba. Orang kata Gentlemen…. Ramai perempuan suka.

(AMIR CUBA HISAP. MULA ASYIK. DEMAN MENGELUARKAN PICAGARI KEMUDIAN MENYUCUK KE BADAR DAN AMIR. KESEMUANYA DALAM KEADAAN KHAYAL.)


BADAR           : Syurga…… kalau ko nak benda ni lagi Mir, ko kena la sediakan duit. Tak mahal. Kawan punya pasal, aku jual kat ko seratus ringgit. Biasa aku jual lima puluh jer…. Ok lah Mir. Apa-apa hal, kol. Aku go through….. jom, man. ( KELUAR TERHOYONG HAYANG BERSAMA DEMAN. AMIR MENYUSUL KELUAR)

BABAK 4

LATAR TEMPAT      : RUMAH AMIR

(AMIR TIDUR TAPI RESAH GELISAH. TIDAK DAPAT MELELAPKAN MATA. SATU SUDUT LAIN, IBU SEDANG SEMBAHYANG)

Syair

Kerana dadah, Amir terjebak
Anak yang soleh mula membentak
Ibu yang miskin tempat di mintak
Jika tak dapat, dibertak-bertak


(AMIR MENUJU KE RUANGAN IBUNYA)

AMIR  : Mak!

(IBU TENGAH SEMBAHYANG, DITOLAKNYA)

IBU                  : astagfirullah. Apa ni Mir? Amir tak nampak ke mak….

AMIR              ; Ah, Amir tak kira. Amir nak minta duit.

IBU                  : Duit? Nak buat apa dengan duit tu nak….

AMIR              : Adalah….. Amir, amir nak bayar yuran UPSR

IBU                  : Yuran? Kan kerajaan dah lupuskan semua yuran persekolahan. Yuran apa lagi ni….

AMIR              : Ala… mak ni banyak cerita la. Bagi je la Amir duit! Amir nak duit!

IBU                  : Mak takder duit Mir. Kita ni ibarat makan pagi kais pagi mir….

AMIR              : Ah, Amir tak kira dengan barat-barat mak. AMIR.. NAK.. DUIT!

(CUBA MENYELONGKAR BEG DUIT IBUNYA YANG BERADA DI ATAS MEJA. IBU CUBA MENGHALANG)

IBU                  : Jangan Mir. Jangan…. Duit yang ada pun untuk perbelanjaan dapur besok.

(AMIR MENOLAK IBUNYA JATUH. IBUNYA MENAHAN SAKIT….)

AMIR              : Hidup kita miskin! Miskin! Amir benci hidup miskin! Amir benci hidup dengan mak!

IBU                  : Kenapa Mir…. (DALAM KESAKITAN) Kenapa Amir berubah tiba-tiba ni…

AMIR              : Sebab Mak! Sebab Mak yang tidak boleh nak bagi Amir kemewahan seperti kawan-kawan Amir. Mak tu yang tidak pernah berusaha untuk kesenangan kita. Semua sebab mak! Amir nak duit!

IBU                  : Mak tak de duit mir.

AMIR              : Ah, mak memang tak berguna. Naper la Amir jadi anak orang tua macam ni. (TERUS BERLALU KELUAR)

(IBU MENAHAN SAKIT SAMBIL MENADAH TANGAN)

IBU                  ; Ya Allah! Berilah petunjuk pada anakku. Ampunilah dosanya… Ya All… (MENAHAN SAKIT DI DADA. DI SERANG SAKIT JANTUNG)

(ADIK MASUK DAN BERJALAN KEPADA IBUNYA)

ADIK               : (PELAT)  Mak……. angun mak! Nape ni mak? Mak, jangan la titon kat cini. Angun la…. Adik nak cucu. Mak, angun…………….. adik nak cucu. Angun la mak…… mak

Syair

Malangnya nasib kasihnya ibu
Anak tersayang berubah laku
Angkara dadah musuh nan satu
Keluarga bahagia di haru biru


BABAK 5
LATAR TEMPAT      : PERHENTIAN BAS

(SEORANG MAK NYAH SEDANG MENUNGGU BAS. SATU SUDUT MASUK ORANG TUA. HANYA MEMANDANG SAMBIL MENGGELENGKAN KEPALA MEMANDANG. AMIR MASUK KE PENTAS DAN DITAHAN ORANG TUA)

ORANG TUA  : Cukup Mir! Cukuplah dosa yang telah kau lakukan. Kembali la ke pangkal jalan. Allah itu Maha Pengasih dan maha penyayang.

AMIR              : Pak cik ni saper? Macam mak saya je menceceh. Pakcik tu bukan tuhan nak tentukan dosa pahala orang!

ORANG TUA  : Pakcik ni hanya seorang khalifah,nak. Bertaubat la Mir selagi belum terlambat. Arasyh Allah itu terlalu besar. Kembalilah ke pangkal jalan. Jangan diteruskan niat kamu tu.

AMIR              : Sudah la pakcik. Suka hati saya la apa yang saya nak buat. Pakcik jagalah tepi kain pakcik tu. Menyibuk jer….

(ORANG TUA HANYA MENGGELENGKAN KEPALA SAMBIL MEMANDANG AMIR YANG MENUJU KE ARAH MAK NYAH. AMIR MERAGUT BEG MAK NYAH ITU. MENCARI SESUATU DAN MEMUKUL AMIR . )

MAK NYAH   : Tak guna punya budak. Nah amik kau, amik kau. Copet beg aku yer. Amik ni…. (TERUS MEMUKUL AMIR)

(CUBA LARI TETAPI DILANGGAR DENGAN LELAKI BERMOTOSIKAL)

AMIR              ; Aduh, sakitnya……………….. Argh………. (MENAHAN KESAKITAN YANG SANGAT PEDIH). Agh…. Mak, mak. Sakit mak…… Tolong Amir Mak. Amir berdosa pada mak. Mak….. sakit mak. Tolong Amir mak…Aduh…… Ampunkan Amir Mak…..Ampunkan Amir  ….  Mak……..

(ROH IBU DATANG MENGHAMPIRI AMIR)

 (BACAAN SAJAK IBU)

Anak
Hidup kita cuma sementara
Esok lusa akan tiba masanya kita
Masa di mana datangnya hukum Yang Esa
Hukum yang tidak bleh ditolak oleh semua manusia
Hukum yang pasti bagi kita
Iaitu hokum MATI

Anak
Sembilan bulan kau berumahkan rahim ibu
Di saat melahirkanmu, ia kepedihanku
Di Saat membesarkanmu, ia kebahagiaanku
Dan disaat memelukmu, ubat kesakitanku
Kerana kau
Anak, anugerah untukku

Tetapi,
Kenapa? Kerana dadah, rahim sejukku kau hangatkan
Kerana dadah, kepedihankan kau tambahkan
Kerana dadah kebahagiaanku kau leburkan
Dan kerana dadah pelukanku, kau leraikan…

Ibu pergi nak…. Kerana kau memilih dadah dari ibu
Ibu pergi… kerana kau lebih memerlukan dadah dari ibu
Ibu pergi nak …. Ibu pergi…… ibu pergi


AMIR              : Mak….. mak….. Jangan tingglkan Amir mak. Mak, ampunkan amir mak.  Amir berdosa pada mak. Mak…….. ampunkan amir mak…… sakit mak…. argh…….argh……. (AKHIRNYA MATI DALAM KEADAAN KEPEDIHAN YANG AMAT)


ADIK               : Abang… abang…. Adik nak cucu. Adik kejutkan mak… mak tak angun… adik nak cucu… abang…. (TERNAMPAK ABANG DAN MELURU KE ARAHNYA) Abang, angun. Adik nak cucu… adik lapar…. Abang…………

(PAK TUA MEMIMPIN ADIK KELUAR)

p/s : semoga anak kita tergolong dalam golongan soleh solehah. amin.....

Sabtu, 11 Februari 2012

Satu kelas satu cat

Pada 4 Febuari, Program Kelasku Sayang telah dapat dilaksanakan. Penglibatan 90% guru bersama ibubapa sangat memberangsangkan. Menjadi satu kebanggaan apabila ibubapa dan guru bersatu tenaga untuk keselesaan anak-anak murid SKTM. Tahniah buat semua dan terima kasih di atas segala pengorbanan cikgu untuk menjayakan program ini.



Kak Roshita setia di meja pendaftaran.



Apa la yan sedang diktakan oleh Cikgu Fazuli tu sampaikan kak Rin ketawa.....


 Orang kuat program... lau tak der dia x jadi rasanya program ni.....

 semangatnya anak murid ni .....

 Apalah yang diketawakan kak ina tu.... kak faridah, posing habis
 Parents yang bersungguh hadir untuk anaknya..... Untung Anak ada Parents begini
Cikgu Fairus, hati-hati memanjat tu.....

Buka pakcik, jangan tak bukak...

 merpati dua sejoli. untung cikgu aisyah.... cik abang

sudi membantu










Telefon sapa tu kak...
 Encik Fizan tengah tunjuk skill membancuh cat




apalah yang sedang direnungkan si cik wahid kita tu

Hari ni kita akan mengikuti kelas membancuh cat..... hehehe
sapu kak zah, jangan x sapu

Penolong pengerusi pun tunjuk skill mengecat




Cikgu Hazizul sedang merenung nasib kelasnya..... Mengenang bakal merangkul bintang hitam agaknya. Hehehe... jang putus asa. Cayuk!
Inilah keadaan kelas 6 Cerdik dan 3 cerdik. Insyaallah... lau ada peruntukkan kita akan usaha membantu

Pengerusi PIBG pun turun padang. Amat membanggakan! Sapa kata doktor tahu pegang picagari jer.....
Semangat si Rose Mary and hubby nyer mengecat. Pasangan contoh.....

Naper tu cikgu Marziah?












b





SAmbil mengecat, sempt juga berposing








Apalah yang sedang dibincangkan oleh cik Noraini dengan si Puan Zetty ni agaknya. Tengah pikir apa nak makan lepas ni kot :)

Cikgu Azrin ni dah gaya ala-ala mengacau dodol. Raye lambat lagi kak....










Group yang membersihkan bilik wuduk lama untuk dijadikan perjalanan bilik kssr. Tahniah buat Pn Aziah, Pn Mustaqimah,Encik Asnor, En fauze dan cik Yusniza




Encik Rizal bersama ibubapa tekun mengecat sampai gambar diambil pun dah tak kisah dah. Best la..











Cikgu Sal membersihkan kelas sampai menonggeng ni.... Jangan frust menonggeng udah la yer

Walaupun penat, senyum tetap senyum yer kak

Ceria jer cikgu kelas ni. Tahun ni yakin menang yer ustaz