Melirik lakaran mata hati

Selasa, 15 November 2011

Kau Suami

Suami
Aku merenung wajahmu
Ada kesugulan di situ
Aku melihat matamu
Ada kesayuan di dalamnya
Aku melihat bibirmu
Ada getaran kekesalan di hamparnya
Aku melihat dadamu
Ada degupan kekecewaan di dasarnya...
 
Wahai suami
Adakah itu kesugulan kerana isterimu
Kerana isterimu tidak bertanya apa masalahmu
Adakah kesayuan itu kerana isterimu
Kerana isterimu tidak pernah bertanya makan minummu
Adakah getaran kekesalan itu kerana isterimu
Kerana isterimu tidak pernah bertanya sihatkah dirimu
Dan adakah degupan kekecewaan itu juga kerana isterimu
Kerana isterimu tidak berbicara denganmu dengan penuh kasih dan sayang

Suami
Kaulah akhiratku kerana dikakimu terletak syurgaku
Kaulah duniaku kerana dihatimu terletak kebahagiaanku
Kau jualah diriku kerana didirimu kau letakkan diriku

Namun,
isteri selalu lupa kasih sayangmu kerana...
tidak kau lafaz tapi kau curahkan
isteri selalu alpa belaianmu kerana...
tidak kau sentuh tapi kau payungkan
Isteri selalu lalai jasamu kerana...
kau tidak mengungkit tapi ikhlaskan

Kami hanya seorang isteri
Seorang isteri yang alpa tapi kau pimpini
Kami  seorang isteri yang leka tapi kau ingati
Kamilah isteri yang derhaka tapi kau maafi
Kami isteri yang tidak mensyukuri tapi kau redhai
Dan maafi kami wahai suami kerana
Kami cuma isteri dan kau suami....

p/s
* Buat isteri, mohon ampunlah kamu pada suami kerana tanpa keredhaan dan kemaafan mereka, layakkah syurga untuk kita?

Ahad, 6 November 2011

Manusia semakin kejam

Saban hari kita melihat di dada-dada akhbar atau di paparan televisyen berhubung sikap manusia yang semakin kejam. Mana tidaknya, membunuh manusia itu seperti membunuh nyamuk dan membuang bayi pula ibarat membuang sampah. Tersentuh hati keibuan saya apabila melihat anak kecil di buang seperti patung kecil yang tidak berguna. Apa salah mereka?

Allah memberi mereka ruang untuk hidup namun kesempatan hidup hanya dapat dirasai sang bayi di alam rahim sahaja. Kenapa kita begitu kejam menghukum bayi suci itu akibat kesilapan dan dosa kita yang lalu? siapa kita untuk menghukum mereka?








 Ya Allah.... bukalah pintu hati semua kaum hawa yang bakal bergelar ibu agar sentiasa mempunyai perikemanusiaan dengan limpahan rasa kasih walaupun anak yang dikandung bukan dari hasil yang halal. Membuang bukan jalan penyelesaian!! Sedari la... insaf la... tanpa menyedari dosa zina telah kau sinambungankan dengan membunuh. Bukan kah itu kalangan dosa-dosa besar. Dan Kita? Apa pula tanggungjawab kita untuk mengatasi masalah ini. Bukankah kita khalifah di muka bumi. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur atau membantu, bukannya mengeji atau menghukum. Semoga mereka di luar sana sedar, apa jua yang kita lakukan pasti akan dihitung walau sebesar zarah. Ingatlah, Allah SWT tidak pernah tidur dan Maha Mengetahui apa yang kita lakukan......



 Lihatlah di mata mereka ini? Pernahkah mereka minta untuk dilahirkan ke dunia ini? pernahkah mereka meminta agar mereka tinggal di rahim ibunya? Lihatlah sinar cahaya di dalam matanya.... Tahukah kita di sinar mata itulah yang membantu kita di suatu hari nanti apabila telah tiba waktu untuk kita kembali kepada-Nya. Apabila tanah telah menjamah kita.... atau apabila akhirat itu menjelma! Dialah pewaris dan pelapis di arus akan datang.... sayangilah mereka............. Itu amanah kita dari Ya Rabb!!!