Melirik lakaran mata hati

Selasa, 15 November 2011

Kau Suami

Suami
Aku merenung wajahmu
Ada kesugulan di situ
Aku melihat matamu
Ada kesayuan di dalamnya
Aku melihat bibirmu
Ada getaran kekesalan di hamparnya
Aku melihat dadamu
Ada degupan kekecewaan di dasarnya...
 
Wahai suami
Adakah itu kesugulan kerana isterimu
Kerana isterimu tidak bertanya apa masalahmu
Adakah kesayuan itu kerana isterimu
Kerana isterimu tidak pernah bertanya makan minummu
Adakah getaran kekesalan itu kerana isterimu
Kerana isterimu tidak pernah bertanya sihatkah dirimu
Dan adakah degupan kekecewaan itu juga kerana isterimu
Kerana isterimu tidak berbicara denganmu dengan penuh kasih dan sayang

Suami
Kaulah akhiratku kerana dikakimu terletak syurgaku
Kaulah duniaku kerana dihatimu terletak kebahagiaanku
Kau jualah diriku kerana didirimu kau letakkan diriku

Namun,
isteri selalu lupa kasih sayangmu kerana...
tidak kau lafaz tapi kau curahkan
isteri selalu alpa belaianmu kerana...
tidak kau sentuh tapi kau payungkan
Isteri selalu lalai jasamu kerana...
kau tidak mengungkit tapi ikhlaskan

Kami hanya seorang isteri
Seorang isteri yang alpa tapi kau pimpini
Kami  seorang isteri yang leka tapi kau ingati
Kamilah isteri yang derhaka tapi kau maafi
Kami isteri yang tidak mensyukuri tapi kau redhai
Dan maafi kami wahai suami kerana
Kami cuma isteri dan kau suami....

p/s
* Buat isteri, mohon ampunlah kamu pada suami kerana tanpa keredhaan dan kemaafan mereka, layakkah syurga untuk kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan